Monday, November 26, 2012

Bila harus M.A.R.A.H…

Marah memang la tak bagus tapi kalau dah kena lebih 3x mana leh tahan kan? Aku rasa kaum tu dah hafal dah muka aku ni sebab aku dah hafal je kaum public mutual yang selalu block kereta aku tu.

1st time kena block, aku siap kena call no kaum tu. 2nd time aku hon je hon abg jeb aku tapi bunyi pun sangkut2 sebab dah rosak. Handphone pun dah kong sebab tengah rosak, camna nak call! (marah tahap minima lagi). Pastu datanglah seorang dari puak ni "Jap, saya call" (dia ni yang call kan puak dia yang block tu). Puak yang block tu perempuan pakai high heel 3inch tak hingat la, siap g kat kereta aku salam tu. Hmm hello! tak cool pun ye. 3rd time kena hari ni masa hujan, lagi la tak kuasa aku nak call, aku terus masuk kereta pasang lampu dan hon hon hon (hampir marah tahap maxima). Puak yang tolong call ni datang lagi dan boleh lak nak call lagi? Argh buang masa aku jela dengan puak2 ni! Yang block tu takde lah sampai salam2 lagi (puak lelaki & yang tak gentleman).

Please la respect other people privacy. Bagi aku no manner langsung puak public mutual camni. Even tinggal contact no pun tak guna kalau dah menyusahkan orang.

.………speechless



Saturday, November 24, 2012

iPhone4

Sejak Hazel saya rosak bulan 9 haritu, saya pakailah W880i semula. Tetiba je slide Hazel tu rosak, screen pun hang. Bila hantar repair nak kena spend 1rat. W880i tu pun sebenarnya dah problem bateri, buat call 2-3 minit je status bateri tu dah merah. Hmm kena tukar handphone la camni kan?

Lepas survey2 handphone, saya pun angkut la iPhone4 dengan harapan ia dapatlah bertahan lebih dari 1 tahun. Tak nak lah kena tukar handhone je setiap tahun.

Dah 2 minggu guna ni rasa ok la tapi sakit mata nak pilih application kat apps store ni, sangat banyak! Memang kena explore dan guna bila kita download, baru tau apps tu best or tak. Sekarang ni dah download Blogger - boleh la selalu update :)


Wednesday, November 21, 2012

Subway Fresh Combos for Workaholic Girl :)

Alhamdulillah, berjaya gak g office harini! Walaupun kepala terasa berat dan terbatuk-batuk saya masih gagahkan diri untuk bekerja. Semalam tak dapat g kerja sebab kepala terasa berat lagi sampai dah tak larat nak ambik MC. Lagipun dah malu pergi jumpa doktor mintak MC kali ke-3. Bila inform HR pagi tadi, cuti saya semalam dah kira UPL (Un-Planned Leave).

Punya excited masuk kerja masa lunch saya makan Subway. Makanan breakfast pagi tadi dah termuntah keluar masa samapai kat office jadi haruslah mengisi perut yg kosong ni. Sekarang ada promo Rm10.90. Apa lagi try jela. Ambik air isotonik tanpa ais lagi. Cookie (Chocolate) pun not bad. tengah makan sambil menaip ni tapi dah lemau la. Balik kena kasi bakar lagi untuk rangupkan semula. So, kawan-kawan leh la try Fresh Combos. Normal price mahal tu. Tapi kalau nak try sub-of-the-day pun berbaloi gak.




Monday, November 19, 2012

Terkena infections akhir tahun

Alhamdulillah, dapat juga gagahkan diri menghadap PC. InsyaAllah saya akan kembali ke office setelah seminggu terlantar di rumah sebab batuk. Asik sibuk dengan project timeline, kat bawah ni sick timeline saya bagi akhir tahun ni. =)

13/11/2012
Nak dijadikan cerita, malam kejadian tu minumlah Kopiko 3 in 1 yg ditambah tiga ketul ais. Selalu je minum air ni kat rumah, kat office, buat minum petang, tak kiralah bila-bila nak minum saya buat je.

14/11/2012
Tapi sampai je office dah mula terbatuk-batuk sampai bos pun suruh makan ubat. Keluar sekejap nak gi Klinik Shuhaimi, rupanya tutup sebab Deepavali dan Maal Hijrah. Masa lunch pun makan bubur McD sebab tak nak sakit dan beli sekali ubat batuk Hurix. Tah macam mana petang tu tiba-tiba telinga kanan ni rasa macam kena sumbat. Rasa macam masuk air lepas berenang pun ada. Aishh, tanda-tanda kecil dah keluar. Tapi saya teruskan makan Hurix lagi tambah dengan Strepsils strong punya. Sebelum tido pun dah letak kain basah kat kepala.

15/11/2012
Malam tadi tido dah tak lena, terbatuk-batuk.  Bangun tido je kepala ni rasa macam kena hempap batu. Telinga ni dah rasa makin menebal, bila orang cakap pun rasa bergetar. Roomate pun dah kena penyakit yg sama. Tapi tengok adik lagi kesian sebab dia kurus, pastu dua-dua tak larat, tapi nak buat camna, kitorang melepek je kat bilik sama-sama. Nak gi klinik pun kena abah hantarkan, dua-dua tak larat dah nak drive. Bila doktor cek, tak demam tapi memang batuk. Telinga yg tersumbat tu doktor kata gegendang telinga tegang sebab batuk kuat-kuat dan sebab tu rasa terhuyung-hayang dan tak balance. Doktor nasihatkan tidur banyak-banyak. Dia bagi ubat antibiotik, batuk, selsema, demam/pening jika perlu. Semua ubat memang bagi tidur punya. Saya tak dapat mc tapi adik saya dapat, mungkin doktor rasa saya akan sihat esok, insyaAllah.

16/11/2012
Oh tak larat pergi office ni. Kepala masih berat, berdiri pun rasa terhuyung-hayang. Teruknya rasa sakit tahun ni. Gi klinik lagi minta mc dan dapat ubat pening.

17-18/11/2012
Melepek kat rumah......ZzzzZzz.....

19/11/2012
Ingatkan leh gi kerja tapi kepala masih berat lagi. Rasanya dah betul-betul tidur hari minggu tu tapi gegendang telinga ni rasa tegang lagi. Jalan pun tak balance. Terpaksalah ambik mc sebab tak larat. Bila doktor cek telinga, dia kata dah nampak kemerahan (maksudnya dah ada infections). Seramnya bila dengar "infections" ni. Aish.. Dulu dapat dengue infection pun dah seram, terus beli 6 botol 100plus. Kali ni doktor bagi ubat titis telinga dan ubat batuk, demam/pening, antibiotik tapi jenis yg lain lak.

Semoga saya cepat sembuh dan saya semakin tenang bila ingat hadis ni,
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, November 14, 2012

Awal Muharam

Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt




Doa Awal Tahun

Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.
Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

* Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".




Sunday, November 11, 2012

Hmm iPhone?

http://www.apple.com/iphone/iphone-4/specs.html



Khamis lepas, selepas office hour singgah WWM (Wangsa Walk Mall) cari Celcom Blue Cube. Saya ingin mengumumkan di sini yang setelah bertahun menjadi pengguna Maxis, akhirnya pada tanggal 8 November secara rasminya saya telah menjadi pengguna CELCOM POSTPAID. Jadi, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kawan² yang telah mengaktifkan saya dalam senarai Activ5 mereka. 

Perubahan ini telah dilakukan bukan secara tiba² atau mendadak tapi sekadar suka² sahaja lagipun famili kebanyakannya pun memakai jenama CELCOM.