Showing posts with label About Us. Show all posts
Showing posts with label About Us. Show all posts

Saturday, November 30, 2019

Balik Kampung

Hari ni selamat sampai kampung. Hari bertolak tak sangka jem teruk. Biasa 1/2 jam dah sampai tol Sg. Besi, ni 1 1/2 jam 😱. Sampai Serdang nampak kereta dah berderet lagi. Ramai yang bermisafir ya.




















Sempat singgah Batu Berendam Melaka nak menikmati Coconut Milkshake. Macam ni standard je, satu scoop aiskrim vanila dan taburan brown rice. Harga RM3.90. 



Bila sampai kampung, mood mengemas on tapi mood masak off, jadi layan maggi in cup pun boleh je. Sesekali tukar selera. 





Sunday, November 30, 2014

Dinner

Wednesday, July 23, 2014

Shopping Raya

Sebelum puasa haritu dah jalan-jalan kat Jalan Tar. Ingat nak cari baju raya tapi takde yang berkenan. Plannya nak pakai jubah untuk raya tahun ni. Bagi saya yang bersaiz comel ni adalah agak sukar untuk memakai jubah sebab tiada ukuran standard di pasaran. Kalau ada pula jenis yang banyak manik dan labuci. Harga pun beratus. Ukuran semua untuk yang tinggi je (sedihh..). Jadi shopping mencari jubah saya agak cerewet dan lama la. Lain pulak baju suami, senang je nak cari baju melayu kan? Cari je la kat Wisma Yakin, confirm jumpa!

Jadi, masa puasa ni dapat berjalan-jalan lagi ke Jalan Tar. Kali ni walau apapun kena cari baju raya sebab tinggal seminggu je lagi nak raya. Walaupun hujan, kami redah je. Hehe. Misi kali ni beli baju suami dulu. Dia jenis tak suka pakai seluar baju melayu. Setelah 2x pusing barulah dia dapat baju dan warna disukai (lelaki pun cerewet juga rupanya..). Misi seterusnya mencari jubah saya ikut warna baju suami. Dari Wisma Yakin memang banyak gerai jual jubah sepanjang jalan tu tapi yang "not my taste". Kaki ni melangkah ke Globe. Masa kecik-kecik mak selalu belikan baju kurung kat sana, rasa mungkin ada. Akhirnya jumpa juga! Jubah tu orang cakap "just nice" sebab saiz dan labuh jubah padan dengan saya. Yezza! Warna pun dapat warna macam baju melayu suami. Harga pun murah. Walaupun pilihan warna terhad tapi warna jubah tu ada. Kalau tak nak jubah, baju kurung pun ada. 



(Masa ni tengah tunggu suami solat jumaat. Jemaah sampai solat di kaki lima Wisma Yakin)

Dah lega hati ni jom la makan kat Restoran Insaf. Hehe. Kena buat reservation dulu masa puasa ni. Pastu menu dia dah dipakejkan, seorang RM20. Pakej ada air, nasi beriani, ayam tandoori goreng/madu, acar, kuah kari, pepedum, kurma dan air mineral.


Selepas dah buat tempahan makanan kami ke Sogo. Kat situ ada orang buat pertunjukan. Ada spiderman dan orang emas. Kalau nak bergambar dengan mereka ni kena caj RM2.




Jumpa lagi di entri seterusnya :-)

Tuesday, July 08, 2014

Salam Ramadhan 1435H


Alhamdulillah hampir 11 hari kita berpuasa Ramadhan yang bermula Ahad lepas, 29/06/2014. Berlainan dengan puasa tahun lepas, kali ini saya berpuasa Ramadhan sebagai seorang isteri. Walaupun kami ni kategori perkahwinan jarak jauh, namun saya gembira suami dapat balik ke rumah keluarga saya untuk meraikan Ramadhan pertama kami. Ada pengalaman puasa ni yang nak disimpan di blog ni. 🙊

Pengalaman membeli ayam di kedai depan rumah memang tak dapat dilupakan. Masa tu dah nak Magrib, mak dan abah call cakap akan lewat sampai ke rumah dan minta saya beli lauk. Mereka tak sempat beli lauk. Mereka dalam perjalanan pulang dari rumah abang kedua saya. Jadi saya dan suami cepat-cepat ke kedai depan rumah nak beli ayam. Masa tu kami on the way balik dari KL Festival City. Nasib baik ada 2 kedai yang masih buka. Ayam di kedai pertama dah habis dijual. Alhamdulillah rezeki kami dapat beli ayam di kedai kedua. Masa tu pun tinggal seekor setengah je. Kami nak seekor. Sementara menunggu giliran untuk ayam kami dipotong, ada pakcik ni terus je datang ambil ayam yang kami nak tu. Nasib baik orang kedai perasan dan cakap ayam tu kami punya. Hehe. Kelakar je orang berebut beli ayam last minute untuk bersahur.

Balik rumah je kami bersiap untuk solat magrib, isyak dan tarawih. Alhamdulillah, dapat juga bertarawih bersama suami. Kami buat kat rumah je. Lepas habis solat baru kami ke dapur. Suami tolong bersihkan ayam dan saya lak buat rempah. Saya cakap dengan suami, senang masak ayam goreng berempah je untuk sahur. Pastu ada terung yang kami beli boleh masak terung masak sambal. Dia pon setuju sangat. 

Puasa kali ni merupakan pengalaman indah buat saya walaupun hanya dapat masakkan lauk untuk bersahur je sebab siangnya suami dah nak bertolak balik.

Salam Ramadhan 😀




Tuesday, February 25, 2014

3 months, 3 weeks, 3 days

Just added new anniversary ticker in my blog using daisypath. Dan kebetulan nombor dalam bulan, minggu dan hari ialah 3. Ni yang teruja nak update entri. 


Alhamdulillah, semoga Allah limpahkan kebahagiaan kepada kami sampai akhirat.

Thursday, November 28, 2013

Aquaria KLCC

Entri ni terus cerita trip kami ke KLCC. Memang plan nak keluar tapi malas bawa kereta. Kami pergi pun hari Jumaat, hari orang bekerja dengan cuti sekolah lagi ni mesti sesak. 

Seperti yang dijangkakan, orang ramai dan kebanyakan mereka pelancong. Kami terus ke destinasi kami, Aquaria. Masa tu dah pukul 5 dan tinggal 1 je lagi "feeding frenzy" pukul 5.30 nanti. "feeding frenzy" ni masa makan yang dijadualkan untuk hidupan air ni. 















Paginya kami ke pejabat agama islam daerah untuk dapatkan sijil nikah tapi tak siap lagi. Tu yang siap berbaju kurung (pergi Aquaria berbaju kurung tau hehe). Sebelum balik dating jap kat KLCC Park luar klcc tu.

Tuesday, November 12, 2013

Majlis Nikah

Ha baru sekarang berkesempatan menulis entri majlis pernikahan saya. Majlisnya pada 1 November 2013 (27 Zulhijjah 1434) selepas Isyak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya sah menjadi isteri kepada Nor Mohamad Syazwan dengan mas kahwin RM300 tunai - mas kahwin di Selangor. Dengan entri ni dapatlah saya abadikan kenangan bersama suami dan ceritakan kepada anak-anak nanti! :)


Solekan malam tu mengambil masa 2 jam tau! Macam biasa mestilah compare gambar before and after. Memang lain la muka kita dah makeup ni! Kak andam mula solek saya selepas Magrib dan siap dalam jam 9. Kak andam ni dari butik De Rias Bridal House (deriasbridalhouse.blogspot.com). Saya sangat berpuas hati dengan solekan dan pakaiannya. Saya memakai jubah warna "off white". 



Mini pelamin nikah pula direka dan dihias oleh adik beradik dan kakak-kakak ipar saya. Pelamin ni saya rasa "so-o sweet". Tak percaya tangan diorang ni kreatif juga. Ikutkan pelan awal, mini pelamin nikah ni nak guna pakej butik je. Tapi diorang berkesempatan nak membuatnya jadi pelamin butik tu saya bawa ke dewan untuk majlis persandingan. 


Hantaran pula 7-7. Hantaran saya ke suami, saya buat sendiri dengan bantuan makcik saya. Tema hantaran saya magenta dan belah suami turquoise. Begitu juga hantaran untuk pertunangan kami pun saya buat sendiri. Sebenarnya kita rasa berbaloi-baloi dan berpuas hati dengan persediaan yang kita buat sendiri. Dan dengan bantuan adik beradik dan saudara semuanya menjadi lebih sempurna. 




Semua gambar ni ambil dari iphone je sebab gambar dari photographer akan siap dalam masa 3 bulan lagi. Photographer pun bakal melangsungkan majlis mereka awal Disember ni. Photographer ialah Ms. Amira dan tunangnya Alan dan Muzir dari The Linse (thelinse.blogspot.com). Gambar dari photographer akan dilongsi dalam entri akan datang. 

Sunday, November 10, 2013

Aku Cinta Aku Rindu

Kena layan lagu Nurul & Ajai ni la sebab hari ni hari pertama berjauhan dengan encik suami. Baru sampai TBS ni dan encik suami pun dah nak gerak balik JB selepas seminggu cuti. Semoga selamat sampai ye encik suami tersayang. Hari jumaat kita jumpa ye!

Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada di sisi

Tak dapat ku membayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa

Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama aaa...

Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini ooo...

Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya ooo...

Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada disisi

Tak dapat ku membayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa oo...

Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama oo...

Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini oo...

Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

Ya e...hey...oo...
Ku mengharapkan mu
N: & A:
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini oo...

Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

Friday, November 01, 2013

Dag dig dug

Dah 1/11/2013 la! Cepat je masa berlalu. Debaran dah lama terasa dan dalam tempoh lebih kurang 20 jam je lagi saya akan bertukar status. Apapun saat menulis entri ni hati ni rasa tenang je Alhamdulillah. Saya berdoa semoga semua yang dirancang berjalan lancar. InsyaAllah.

Saturday, September 14, 2013

Saya sudah, anda bila lagi?

Tajuk bunyi macam nak mengundi je kan? Ni pun ambik kata-kata nurse kat klinik kesihatan gombak setia. Sebenarnya hari khamis lepas baru buat ujian saringan hiv. Sebelum nak pergi ambil darah tu, macam-macam output dapat dari kawan-kawan. Ada yang kata sebotol..ada yang kata 3 botol! Wah, kalau 3 botol mungkin pengsan terus aku kat klinik tu. Tapi bila dah buat ujian, beberapa titik je la yang diperlukan. Hihi

Tah camne aku tercakap "nurse, nak ambik gambar tester leh?". Nurse yang ramah tu terus cakap "boleh..nak update status kan..sy sudah, anda bila lagi..?". Tu dapat idea untuk tajuk entri ni. Haha sempoi betul nurse tu. Dia siap suruh ambil tester tu bawa balik je. Ok la yang penting leh guna untuk update blog. :)

Kena call dulu mana-mana klinik kesihatan yang buat ujian saringan hiv untuk appoinment. Bila dah tentukan tarikh appoinment, datang ke kk tersebut, isi borang pendaftaran dan bayar RM1. Tunggu giliran. Nurse akan bius jari dan cucuk jarum. Rasa macam gigit semut je. Tunggu 2-3 minit dah dapat keputusan. Tester tu akan tunjukkan garisan, kalau keluar 1 line je, maksudnya negatif la tu. Kat Selangor ni, keputusan ujian akan dinyatakan kat borang pendaftaran masa daftar tu, sekeping je. Kalau yang dapat lebih sekeping tu maksudnya HIV positif tau!