Showing posts with label Trip. Show all posts
Showing posts with label Trip. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Zoo Melaka

Jom layan trip ke Zoo Melaka. Saya pergi dengan family abang. Harga tiket dewasa RM15 dan kanak-kanak RM13. Apa yang menarik ialah persembahan dari team pertunjukan zoo dan kucing "Bobcat", kucing hutan dari Amazon. Tengok la rupanya macam kartun Thundercat je. Kucing ni tak respon pun bila kami mengiau-ngiau cuma bagi renungan tajam je. Tak pastilah kalau kucing ni boleh bela atau tak tapi kalau boleh bela mesti comel dan mencabar! Haha. 

Persembahan yang paling teruja ialah burung merpati bernama Ally, yang pandai mengambil wang berwarna merah ok (RM10). Sebenarnya tu untuk duit tabungan zoo. Kalau pelawat nak derma barulah si Ally ni beraksi. 

Selain tu ada Tram yang akan bawa kita pusing sekeliling zoo. Bayaran RM5 pulak. Harga ice-cream paddle pop pulak RM2. 

Apa yang penting di Melaka ialah kupon bertiket. Kalau takde kupon ni ada di jual di kaunter sebelum masuk kawasan tempat letak kereta. Harga RM6, sekeping RM0.60/jam. Jadi, kalau nak masuk zoo tu dalam 3 jam, kena gores 3 keping kupon tu. Jangan cari alasan tak bayar sebab kompaun yang dikenakan RM30 tau! Majlis Bandaraya Melaka ni akan buat rondaan.

Papepun terima kasih abang aim sebab sudi belanja adik yang "tanam anggur" ni. Nak bawa anaknya tapi sponsor auntynya sekali :)

















Thursday, November 28, 2013

Aquaria KLCC

Entri ni terus cerita trip kami ke KLCC. Memang plan nak keluar tapi malas bawa kereta. Kami pergi pun hari Jumaat, hari orang bekerja dengan cuti sekolah lagi ni mesti sesak. 

Seperti yang dijangkakan, orang ramai dan kebanyakan mereka pelancong. Kami terus ke destinasi kami, Aquaria. Masa tu dah pukul 5 dan tinggal 1 je lagi "feeding frenzy" pukul 5.30 nanti. "feeding frenzy" ni masa makan yang dijadualkan untuk hidupan air ni. 















Paginya kami ke pejabat agama islam daerah untuk dapatkan sijil nikah tapi tak siap lagi. Tu yang siap berbaju kurung (pergi Aquaria berbaju kurung tau hehe). Sebelum balik dating jap kat KLCC Park luar klcc tu.