Wednesday, November 14, 2012

Awal Muharam

Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt




Doa Awal Tahun

Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.
Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

* Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".




Sunday, November 11, 2012

Hmm iPhone?

http://www.apple.com/iphone/iphone-4/specs.html



Khamis lepas, selepas office hour singgah WWM (Wangsa Walk Mall) cari Celcom Blue Cube. Saya ingin mengumumkan di sini yang setelah bertahun menjadi pengguna Maxis, akhirnya pada tanggal 8 November secara rasminya saya telah menjadi pengguna CELCOM POSTPAID. Jadi, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kawan² yang telah mengaktifkan saya dalam senarai Activ5 mereka. 

Perubahan ini telah dilakukan bukan secara tiba² atau mendadak tapi sekadar suka² sahaja lagipun famili kebanyakannya pun memakai jenama CELCOM. 


Wednesday, September 26, 2012

Santai

Yeay, masa untuk bersantai! Last week, i went for a company trip at Sg. Congkak. It is a nice place to rest your body, mind and soul and bla bla bla hehe. Kami berkumpul di office at 9.00am dan sampai around 10.30am. Bayaran masuk dikenakan RM2 (kereta) dan RM1/person. Kanak-kanak F.O.C. Hari tu hujan, jadi air sedikit keruh la maybe sebab tu air sungai rasa macam gatal-gatal. Remembered going there with my former UiTM friends. Kalau tak silap adalah 2-3 kali bersantai kat Sg. Congkak ni. Rindulah (terasa nak karaoke nyanyi lagu dafi bila terasa rindu)


Lepas tu kami makan-makan dekat area Kg. Pandan. Menu makanan kat sana pelik-pelik (hmm tak ingat lak menunya). Takut dapat makanan yang pelik-pelik, jadi kami order menu biasa je iaitu chicken chop and nasi goreng chicken chop.

Sungai Congkak. Santai!






Tuesday, August 28, 2012

Jemput2 Jepun

Harini sbb nak diet makan jemput2 je. Tapi jemput2 ni special sbb import dari Jepun tu. Nasib baik tak basi tadi.

Sent using my Hazel

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



I would like to wish all my Muslim friends & bloggers Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Thursday, August 09, 2012

Menjelang Hari Raya



Salam Ramadan & Selamat berpuasa! Hari ni masuk hari ke-20 kita berpuasa. Setiap tahun hamper adalah sebahagian sumbangan syarikat saya. Saya juga telah menukar duit raya untuk diberi kepada adik2 dan anak buah. Alhamdulillah rezeki yang Allah beri. :-)

*Dapatkan duit baru RM1 dan RM20 hehe

Sent using my Hazel

Thursday, July 12, 2012

I love redang

Tempat release tension. More info at www.redanglagoon.com

Sent using my Hazel