Monday, November 19, 2012

Terkena infections akhir tahun

Alhamdulillah, dapat juga gagahkan diri menghadap PC. InsyaAllah saya akan kembali ke office setelah seminggu terlantar di rumah sebab batuk. Asik sibuk dengan project timeline, kat bawah ni sick timeline saya bagi akhir tahun ni. =)

13/11/2012
Nak dijadikan cerita, malam kejadian tu minumlah Kopiko 3 in 1 yg ditambah tiga ketul ais. Selalu je minum air ni kat rumah, kat office, buat minum petang, tak kiralah bila-bila nak minum saya buat je.

14/11/2012
Tapi sampai je office dah mula terbatuk-batuk sampai bos pun suruh makan ubat. Keluar sekejap nak gi Klinik Shuhaimi, rupanya tutup sebab Deepavali dan Maal Hijrah. Masa lunch pun makan bubur McD sebab tak nak sakit dan beli sekali ubat batuk Hurix. Tah macam mana petang tu tiba-tiba telinga kanan ni rasa macam kena sumbat. Rasa macam masuk air lepas berenang pun ada. Aishh, tanda-tanda kecil dah keluar. Tapi saya teruskan makan Hurix lagi tambah dengan Strepsils strong punya. Sebelum tido pun dah letak kain basah kat kepala.

15/11/2012
Malam tadi tido dah tak lena, terbatuk-batuk.  Bangun tido je kepala ni rasa macam kena hempap batu. Telinga ni dah rasa makin menebal, bila orang cakap pun rasa bergetar. Roomate pun dah kena penyakit yg sama. Tapi tengok adik lagi kesian sebab dia kurus, pastu dua-dua tak larat, tapi nak buat camna, kitorang melepek je kat bilik sama-sama. Nak gi klinik pun kena abah hantarkan, dua-dua tak larat dah nak drive. Bila doktor cek, tak demam tapi memang batuk. Telinga yg tersumbat tu doktor kata gegendang telinga tegang sebab batuk kuat-kuat dan sebab tu rasa terhuyung-hayang dan tak balance. Doktor nasihatkan tidur banyak-banyak. Dia bagi ubat antibiotik, batuk, selsema, demam/pening jika perlu. Semua ubat memang bagi tidur punya. Saya tak dapat mc tapi adik saya dapat, mungkin doktor rasa saya akan sihat esok, insyaAllah.

16/11/2012
Oh tak larat pergi office ni. Kepala masih berat, berdiri pun rasa terhuyung-hayang. Teruknya rasa sakit tahun ni. Gi klinik lagi minta mc dan dapat ubat pening.

17-18/11/2012
Melepek kat rumah......ZzzzZzz.....

19/11/2012
Ingatkan leh gi kerja tapi kepala masih berat lagi. Rasanya dah betul-betul tidur hari minggu tu tapi gegendang telinga ni rasa tegang lagi. Jalan pun tak balance. Terpaksalah ambik mc sebab tak larat. Bila doktor cek telinga, dia kata dah nampak kemerahan (maksudnya dah ada infections). Seramnya bila dengar "infections" ni. Aish.. Dulu dapat dengue infection pun dah seram, terus beli 6 botol 100plus. Kali ni doktor bagi ubat titis telinga dan ubat batuk, demam/pening, antibiotik tapi jenis yg lain lak.

Semoga saya cepat sembuh dan saya semakin tenang bila ingat hadis ni,
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, November 14, 2012

Awal Muharam

Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt




Doa Awal Tahun

Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.
Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

* Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".




Sunday, November 11, 2012

Hmm iPhone?

http://www.apple.com/iphone/iphone-4/specs.html



Khamis lepas, selepas office hour singgah WWM (Wangsa Walk Mall) cari Celcom Blue Cube. Saya ingin mengumumkan di sini yang setelah bertahun menjadi pengguna Maxis, akhirnya pada tanggal 8 November secara rasminya saya telah menjadi pengguna CELCOM POSTPAID. Jadi, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kawan² yang telah mengaktifkan saya dalam senarai Activ5 mereka. 

Perubahan ini telah dilakukan bukan secara tiba² atau mendadak tapi sekadar suka² sahaja lagipun famili kebanyakannya pun memakai jenama CELCOM. 


Wednesday, September 26, 2012

Santai

Yeay, masa untuk bersantai! Last week, i went for a company trip at Sg. Congkak. It is a nice place to rest your body, mind and soul and bla bla bla hehe. Kami berkumpul di office at 9.00am dan sampai around 10.30am. Bayaran masuk dikenakan RM2 (kereta) dan RM1/person. Kanak-kanak F.O.C. Hari tu hujan, jadi air sedikit keruh la maybe sebab tu air sungai rasa macam gatal-gatal. Remembered going there with my former UiTM friends. Kalau tak silap adalah 2-3 kali bersantai kat Sg. Congkak ni. Rindulah (terasa nak karaoke nyanyi lagu dafi bila terasa rindu)


Lepas tu kami makan-makan dekat area Kg. Pandan. Menu makanan kat sana pelik-pelik (hmm tak ingat lak menunya). Takut dapat makanan yang pelik-pelik, jadi kami order menu biasa je iaitu chicken chop and nasi goreng chicken chop.

Sungai Congkak. Santai!






Tuesday, August 28, 2012

Jemput2 Jepun

Harini sbb nak diet makan jemput2 je. Tapi jemput2 ni special sbb import dari Jepun tu. Nasib baik tak basi tadi.

Sent using my Hazel

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



I would like to wish all my Muslim friends & bloggers Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Thursday, August 09, 2012

Menjelang Hari Raya



Salam Ramadan & Selamat berpuasa! Hari ni masuk hari ke-20 kita berpuasa. Setiap tahun hamper adalah sebahagian sumbangan syarikat saya. Saya juga telah menukar duit raya untuk diberi kepada adik2 dan anak buah. Alhamdulillah rezeki yang Allah beri. :-)

*Dapatkan duit baru RM1 dan RM20 hehe

Sent using my Hazel