Wednesday, May 07, 2014

Selamat Datang Rejab


Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk bertemu Rejab kali ni. Dah seminggu Rejab berlalu namun saya belum dapat berpuasa sunat sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. InsyaAllah bila saya sembuh saya akan berpuasa sunat dan mengambil keberkatan bulan ni. 

Melalui pembacaan saya di website iluvislam, keunikan bulan Rejab terletak pada kejadian Isra' Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab. Pada bulan ini, Rasulullah SAW kehilangan ramai orang tersayang. Ini menyebabkan baginda berdukacita. Jadi bagi menghilangkan kesedihan di hati nabi, Allah menjemputnya datang berjumpa dengan-Nya. Ini membuatkan rasa sedih baginda itu terhenti.

Allahuakbar. Kehilangan yang saya lalui rupanya jatuh pada bulan Rejab dan saya redha pada qada dan qadar Allah. InsyaAllah ada hikmah disebalik kejadian ni.

Wednesday, March 19, 2014

Newborn nephew 8 mac 2013

Melawat anak saudara yang ke-4 yang lahir 8 mac haritu. So chuumeell! Geram je tengok. Sekarang ni dia dah balik kampung dan tengah demam kuning. Dengan cuaca tak menentu dan bacaan ipu yang tinggi ni memang tak bagus untuk baby. Semoga Muhammad Hadeef cepat sembuh ye. Nanti jumpa lagi 2 bulan boleh la main-main dengan auntie adda tau. :)



Thursday, March 13, 2014

Kabel iPhone4 Baharu

Beli kabel baharu untuk iPhone4. Harganya RM35 (selepas diskaun RM4 - ni tak ori ye).


Harap bertahan lebih 2 tahun la sebab rekaan ni katanya lagi tahan. Kabel sebelum ni bertahan dalam setahun je. Kalau tak cukup 2 tahun, akan pertimbangkanlah beli yang ori pulak yang berharga RM60.

Tuesday, February 25, 2014

3 months, 3 weeks, 3 days

Just added new anniversary ticker in my blog using daisypath. Dan kebetulan nombor dalam bulan, minggu dan hari ialah 3. Ni yang teruja nak update entri. 


Alhamdulillah, semoga Allah limpahkan kebahagiaan kepada kami sampai akhirat.

Thursday, January 02, 2014

Roti continental

Menu sihat sesuai untuk sarapan harian. Masa kecik2 g rumah makcik dia yang buatkan. Tapi saya ubahsuai cara buat baked bean jela. Senang je. Guna 1 kuali pun boleh! Kalau boleh nak panggil "bread(a)lova" tapi maintain jela nama asal resepi dari makcik. Haha


Bahan:-
2 keping roti dipotong 9
Minyak masak
Telur
Baked bean
Chillie sauce
Air panas

Cara:-
1. Bakar roti yang dipotong 9 dalam kuali atas api yang sederhana. Keluarkan dan letak dalam pinggan.
2. Panaskan minyak dan goreng telur. Boleh buat telur mata, telur dadar atau telur goyang. Ikut kesukaan. 
3. Masukkan baked bean dalam kuali menggoreng telur tadi. Tambahkan chillie sauce. Tambahkan sikit air panas supaya baked bean berkuah sikit. Pastikan jangan terlalu cair. Siap!

Friday, November 29, 2013

Zoo Melaka

Jom layan trip ke Zoo Melaka. Saya pergi dengan family abang. Harga tiket dewasa RM15 dan kanak-kanak RM13. Apa yang menarik ialah persembahan dari team pertunjukan zoo dan kucing "Bobcat", kucing hutan dari Amazon. Tengok la rupanya macam kartun Thundercat je. Kucing ni tak respon pun bila kami mengiau-ngiau cuma bagi renungan tajam je. Tak pastilah kalau kucing ni boleh bela atau tak tapi kalau boleh bela mesti comel dan mencabar! Haha. 

Persembahan yang paling teruja ialah burung merpati bernama Ally, yang pandai mengambil wang berwarna merah ok (RM10). Sebenarnya tu untuk duit tabungan zoo. Kalau pelawat nak derma barulah si Ally ni beraksi. 

Selain tu ada Tram yang akan bawa kita pusing sekeliling zoo. Bayaran RM5 pulak. Harga ice-cream paddle pop pulak RM2. 

Apa yang penting di Melaka ialah kupon bertiket. Kalau takde kupon ni ada di jual di kaunter sebelum masuk kawasan tempat letak kereta. Harga RM6, sekeping RM0.60/jam. Jadi, kalau nak masuk zoo tu dalam 3 jam, kena gores 3 keping kupon tu. Jangan cari alasan tak bayar sebab kompaun yang dikenakan RM30 tau! Majlis Bandaraya Melaka ni akan buat rondaan.

Papepun terima kasih abang aim sebab sudi belanja adik yang "tanam anggur" ni. Nak bawa anaknya tapi sponsor auntynya sekali :)

















Thursday, November 28, 2013

Aquaria KLCC

Entri ni terus cerita trip kami ke KLCC. Memang plan nak keluar tapi malas bawa kereta. Kami pergi pun hari Jumaat, hari orang bekerja dengan cuti sekolah lagi ni mesti sesak. 

Seperti yang dijangkakan, orang ramai dan kebanyakan mereka pelancong. Kami terus ke destinasi kami, Aquaria. Masa tu dah pukul 5 dan tinggal 1 je lagi "feeding frenzy" pukul 5.30 nanti. "feeding frenzy" ni masa makan yang dijadualkan untuk hidupan air ni. 















Paginya kami ke pejabat agama islam daerah untuk dapatkan sijil nikah tapi tak siap lagi. Tu yang siap berbaju kurung (pergi Aquaria berbaju kurung tau hehe). Sebelum balik dating jap kat KLCC Park luar klcc tu.