Wednesday, July 23, 2014

Shopping Raya

Sebelum puasa haritu dah jalan-jalan kat Jalan Tar. Ingat nak cari baju raya tapi takde yang berkenan. Plannya nak pakai jubah untuk raya tahun ni. Bagi saya yang bersaiz comel ni adalah agak sukar untuk memakai jubah sebab tiada ukuran standard di pasaran. Kalau ada pula jenis yang banyak manik dan labuci. Harga pun beratus. Ukuran semua untuk yang tinggi je (sedihh..). Jadi shopping mencari jubah saya agak cerewet dan lama la. Lain pulak baju suami, senang je nak cari baju melayu kan? Cari je la kat Wisma Yakin, confirm jumpa!

Jadi, masa puasa ni dapat berjalan-jalan lagi ke Jalan Tar. Kali ni walau apapun kena cari baju raya sebab tinggal seminggu je lagi nak raya. Walaupun hujan, kami redah je. Hehe. Misi kali ni beli baju suami dulu. Dia jenis tak suka pakai seluar baju melayu. Setelah 2x pusing barulah dia dapat baju dan warna disukai (lelaki pun cerewet juga rupanya..). Misi seterusnya mencari jubah saya ikut warna baju suami. Dari Wisma Yakin memang banyak gerai jual jubah sepanjang jalan tu tapi yang "not my taste". Kaki ni melangkah ke Globe. Masa kecik-kecik mak selalu belikan baju kurung kat sana, rasa mungkin ada. Akhirnya jumpa juga! Jubah tu orang cakap "just nice" sebab saiz dan labuh jubah padan dengan saya. Yezza! Warna pun dapat warna macam baju melayu suami. Harga pun murah. Walaupun pilihan warna terhad tapi warna jubah tu ada. Kalau tak nak jubah, baju kurung pun ada. 



(Masa ni tengah tunggu suami solat jumaat. Jemaah sampai solat di kaki lima Wisma Yakin)

Dah lega hati ni jom la makan kat Restoran Insaf. Hehe. Kena buat reservation dulu masa puasa ni. Pastu menu dia dah dipakejkan, seorang RM20. Pakej ada air, nasi beriani, ayam tandoori goreng/madu, acar, kuah kari, pepedum, kurma dan air mineral.


Selepas dah buat tempahan makanan kami ke Sogo. Kat situ ada orang buat pertunjukan. Ada spiderman dan orang emas. Kalau nak bergambar dengan mereka ni kena caj RM2.




Jumpa lagi di entri seterusnya :-)

Wednesday, July 09, 2014

Kasut


1. Sunnah bersihkan kasut sebelum pakai. Ini berdasarkan kisah kasut Nabi Muhamad SAW dengan burung. Pada satu hari burung merampas sebelah kasut Nabi, dan terkeluarlah kala jengking dari kasut Nabi tersebut.

2. Kasut Nabi diperbuat daripada kulit, berbentuk kap, ada kibal (ada 2 bahagian antara ibu jari kaki dengan jari-jari lain), nipis ditengah, bertali belakang.

3. Sunnah memakai dengan kaki kanan dan buka dengan kaki kiri.

4. Nabi tegah pakai sebelah kasut, kena seimbang (termasuk memakai seluar sebelah panjang dan sebelah pendek, dll).

5. Sunnah membawa kasut ibu bapa dan guru kepada mereka untuk dipakai.

Sumber entri daripada rancangan Fattabiouni di Tvalhijrah.

Tuesday, July 08, 2014

Salam Ramadhan 1435H


Alhamdulillah hampir 11 hari kita berpuasa Ramadhan yang bermula Ahad lepas, 29/06/2014. Berlainan dengan puasa tahun lepas, kali ini saya berpuasa Ramadhan sebagai seorang isteri. Walaupun kami ni kategori perkahwinan jarak jauh, namun saya gembira suami dapat balik ke rumah keluarga saya untuk meraikan Ramadhan pertama kami. Ada pengalaman puasa ni yang nak disimpan di blog ni. 🙊

Pengalaman membeli ayam di kedai depan rumah memang tak dapat dilupakan. Masa tu dah nak Magrib, mak dan abah call cakap akan lewat sampai ke rumah dan minta saya beli lauk. Mereka tak sempat beli lauk. Mereka dalam perjalanan pulang dari rumah abang kedua saya. Jadi saya dan suami cepat-cepat ke kedai depan rumah nak beli ayam. Masa tu kami on the way balik dari KL Festival City. Nasib baik ada 2 kedai yang masih buka. Ayam di kedai pertama dah habis dijual. Alhamdulillah rezeki kami dapat beli ayam di kedai kedua. Masa tu pun tinggal seekor setengah je. Kami nak seekor. Sementara menunggu giliran untuk ayam kami dipotong, ada pakcik ni terus je datang ambil ayam yang kami nak tu. Nasib baik orang kedai perasan dan cakap ayam tu kami punya. Hehe. Kelakar je orang berebut beli ayam last minute untuk bersahur.

Balik rumah je kami bersiap untuk solat magrib, isyak dan tarawih. Alhamdulillah, dapat juga bertarawih bersama suami. Kami buat kat rumah je. Lepas habis solat baru kami ke dapur. Suami tolong bersihkan ayam dan saya lak buat rempah. Saya cakap dengan suami, senang masak ayam goreng berempah je untuk sahur. Pastu ada terung yang kami beli boleh masak terung masak sambal. Dia pon setuju sangat. 

Puasa kali ni merupakan pengalaman indah buat saya walaupun hanya dapat masakkan lauk untuk bersahur je sebab siangnya suami dah nak bertolak balik.

Salam Ramadhan 😀




Friday, May 16, 2014

"Cukuplah Allah Bagiku"


Apabila kamu ditimpa suatu kemalangan, janganlah kamu mengatakan "Seandainya tadi saya berbuat begini, nescaya tidak akan jadi begitu". Tetapi katakanlah, "Ini sudah takdir Allah dan apa yang dikehendakiNya pasti akan dilaksanakanNya" kerana sesungguhnya ungkapan "seandainya" akan membuka jalan bagi godaan syaitan.

"O Allah, sometimes, it is hard for me to understand what You really want to happen. But i trust You will give me what is best for me"

Wednesday, May 07, 2014

Selamat Datang Rejab


Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk bertemu Rejab kali ni. Dah seminggu Rejab berlalu namun saya belum dapat berpuasa sunat sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. InsyaAllah bila saya sembuh saya akan berpuasa sunat dan mengambil keberkatan bulan ni. 

Melalui pembacaan saya di website iluvislam, keunikan bulan Rejab terletak pada kejadian Isra' Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab. Pada bulan ini, Rasulullah SAW kehilangan ramai orang tersayang. Ini menyebabkan baginda berdukacita. Jadi bagi menghilangkan kesedihan di hati nabi, Allah menjemputnya datang berjumpa dengan-Nya. Ini membuatkan rasa sedih baginda itu terhenti.

Allahuakbar. Kehilangan yang saya lalui rupanya jatuh pada bulan Rejab dan saya redha pada qada dan qadar Allah. InsyaAllah ada hikmah disebalik kejadian ni.

Wednesday, March 19, 2014

Newborn nephew 8 mac 2013

Melawat anak saudara yang ke-4 yang lahir 8 mac haritu. So chuumeell! Geram je tengok. Sekarang ni dia dah balik kampung dan tengah demam kuning. Dengan cuaca tak menentu dan bacaan ipu yang tinggi ni memang tak bagus untuk baby. Semoga Muhammad Hadeef cepat sembuh ye. Nanti jumpa lagi 2 bulan boleh la main-main dengan auntie adda tau. :)



Thursday, March 13, 2014

Kabel iPhone4 Baharu

Beli kabel baharu untuk iPhone4. Harganya RM35 (selepas diskaun RM4 - ni tak ori ye).


Harap bertahan lebih 2 tahun la sebab rekaan ni katanya lagi tahan. Kabel sebelum ni bertahan dalam setahun je. Kalau tak cukup 2 tahun, akan pertimbangkanlah beli yang ori pulak yang berharga RM60.