Sunday, November 30, 2014
Tuesday, August 26, 2014
Qaseh Gold Adinda
Bestnya formulasi makanan sunnah dalam Qaseh Gold ni. Ada..
1. Madu
2. Kurma
3. Tiin
4. Habbatus Sauda
5. Zaitun
6. Delima
7. Air Zam-Zam
Tambahan lagi dalam Qaseh Gold Adinda yang sesuai untuk semua peringkat wanita. Ada..
1. Manjakani
2. Pegaga
3. Passiflora
Kalau anda mencari makanan sunnah apa kata cuba Qaseh Gold ni.
Friday, August 22, 2014
Fattabiouni OST
Sedap dengar lagu ni bila tengok segmen Fattabiouni di Tv Al Hijrah.
خاتم الرسالة
أداء : أحمد بن سميط
كلمات : الإمام عبدالرحمن بلفقيه
توزيع فني : علي خفاجي
إخراج : عبد الله بلفقيه
إنتاج وتوزيع : ضياء الإعلامية
وقد أتانا خاتم الرسالة، بكل ما جاءوا به من حله، فعم كل الخلق بالدلالة، وأشرقت مناهج الكمال .. فكله فضل أتى ورحمة، وكله حكم هدى وحكمة، وهو إمام كل ذي مهمة، وقدوة في سائل الخصال .. فما مضى حتى أقام الدين، وصار سهلا واضحا مبينا، فلم تخف أمته فتونا بل عصموا في الجمع عن ضلال
Thursday, August 21, 2014
Roti manis
Resepi turun temurun dari mak saya. Hehe. Memang terbaik la! Kali ni saya dapat kongsikan gambar untuk membuat roti ni.
Bahan-bahan:
1. Tepung gandum (3/4 dari 1kg tepung, saya guna tepung gandum cap sauh)
2. 1 1/2 senduk gula (senduk ni biasa orang guna untuk bancuh air)
3. 2-3 titis pewarnan kuning telur (saya guna cap bintang)
4. Marjerin 1/2 senduk
5. 4 biji telur
6. Sepeket yis
7. 1 3/4 cup air
Cara membuat:-
1. Campur semua bahan 1-5.
2. Dengan hujung jari, gaul campuran perlahan-lahan. Petua mak jangan sampai terkena tapak tangan sebab tapak tangan hangat. Kemudian masukkan yis.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4. Adunkan kuat dengan tangan sampai campuran tadi terasa lembut. Petuanya kalau kita adun2, campuran tu dah tak melekat-lekat di bekas.
5. Sapukan sekeliling dalam loyang dengan marjerin. Buat adunan bulat2 sebesar telur ayam dan susun dalam loyang.
6. Biar adunan naik kembang dalam setengah ke satu jam.
7. Adunkan bulat2 semula. Ni untuk memastikan tekstur roti padat semula. Biarkan selama 10 minit.
8. Bakar dalam oven 120'C dalam setengah jam. Petua lagi, kita juga boleh cucuk garpu ke dalam adunan dan tengok kalau roti tak melekat di garpu maksudnya roti manis ni dah masak.
Wednesday, July 23, 2014
Shopping Raya
Sebelum puasa haritu dah jalan-jalan kat Jalan Tar. Ingat nak cari baju raya tapi takde yang berkenan. Plannya nak pakai jubah untuk raya tahun ni. Bagi saya yang bersaiz comel ni adalah agak sukar untuk memakai jubah sebab tiada ukuran standard di pasaran. Kalau ada pula jenis yang banyak manik dan labuci. Harga pun beratus. Ukuran semua untuk yang tinggi je (sedihh..). Jadi shopping mencari jubah saya agak cerewet dan lama la. Lain pulak baju suami, senang je nak cari baju melayu kan? Cari je la kat Wisma Yakin, confirm jumpa!
Jadi, masa puasa ni dapat berjalan-jalan lagi ke Jalan Tar. Kali ni walau apapun kena cari baju raya sebab tinggal seminggu je lagi nak raya. Walaupun hujan, kami redah je. Hehe. Misi kali ni beli baju suami dulu. Dia jenis tak suka pakai seluar baju melayu. Setelah 2x pusing barulah dia dapat baju dan warna disukai (lelaki pun cerewet juga rupanya..). Misi seterusnya mencari jubah saya ikut warna baju suami. Dari Wisma Yakin memang banyak gerai jual jubah sepanjang jalan tu tapi yang "not my taste". Kaki ni melangkah ke Globe. Masa kecik-kecik mak selalu belikan baju kurung kat sana, rasa mungkin ada. Akhirnya jumpa juga! Jubah tu orang cakap "just nice" sebab saiz dan labuh jubah padan dengan saya. Yezza! Warna pun dapat warna macam baju melayu suami. Harga pun murah. Walaupun pilihan warna terhad tapi warna jubah tu ada. Kalau tak nak jubah, baju kurung pun ada.
Dah lega hati ni jom la makan kat Restoran Insaf. Hehe. Kena buat reservation dulu masa puasa ni. Pastu menu dia dah dipakejkan, seorang RM20. Pakej ada air, nasi beriani, ayam tandoori goreng/madu, acar, kuah kari, pepedum, kurma dan air mineral.
Selepas dah buat tempahan makanan kami ke Sogo. Kat situ ada orang buat pertunjukan. Ada spiderman dan orang emas. Kalau nak bergambar dengan mereka ni kena caj RM2.
Jumpa lagi di entri seterusnya :-)
Wednesday, July 09, 2014
Kasut
1. Sunnah bersihkan kasut sebelum pakai. Ini berdasarkan kisah kasut Nabi Muhamad SAW dengan burung. Pada satu hari burung merampas sebelah kasut Nabi, dan terkeluarlah kala jengking dari kasut Nabi tersebut.
2. Kasut Nabi diperbuat daripada kulit, berbentuk kap, ada kibal (ada 2 bahagian antara ibu jari kaki dengan jari-jari lain), nipis ditengah, bertali belakang.
3. Sunnah memakai dengan kaki kanan dan buka dengan kaki kiri.
4. Nabi tegah pakai sebelah kasut, kena seimbang (termasuk memakai seluar sebelah panjang dan sebelah pendek, dll).
5. Sunnah membawa kasut ibu bapa dan guru kepada mereka untuk dipakai.
Sumber entri daripada rancangan Fattabiouni di Tvalhijrah.
Tuesday, July 08, 2014
Salam Ramadhan 1435H

Alhamdulillah hampir 11 hari kita berpuasa Ramadhan yang bermula Ahad lepas, 29/06/2014. Berlainan dengan puasa tahun lepas, kali ini saya berpuasa Ramadhan sebagai seorang isteri. Walaupun kami ni kategori perkahwinan jarak jauh, namun saya gembira suami dapat balik ke rumah keluarga saya untuk meraikan Ramadhan pertama kami. Ada pengalaman puasa ni yang nak disimpan di blog ni. 🙊
Pengalaman membeli ayam di kedai depan rumah memang tak dapat dilupakan. Masa tu dah nak Magrib, mak dan abah call cakap akan lewat sampai ke rumah dan minta saya beli lauk. Mereka tak sempat beli lauk. Mereka dalam perjalanan pulang dari rumah abang kedua saya. Jadi saya dan suami cepat-cepat ke kedai depan rumah nak beli ayam. Masa tu kami on the way balik dari KL Festival City. Nasib baik ada 2 kedai yang masih buka. Ayam di kedai pertama dah habis dijual. Alhamdulillah rezeki kami dapat beli ayam di kedai kedua. Masa tu pun tinggal seekor setengah je. Kami nak seekor. Sementara menunggu giliran untuk ayam kami dipotong, ada pakcik ni terus je datang ambil ayam yang kami nak tu. Nasib baik orang kedai perasan dan cakap ayam tu kami punya. Hehe. Kelakar je orang berebut beli ayam last minute untuk bersahur.
Balik rumah je kami bersiap untuk solat magrib, isyak dan tarawih. Alhamdulillah, dapat juga bertarawih bersama suami. Kami buat kat rumah je. Lepas habis solat baru kami ke dapur. Suami tolong bersihkan ayam dan saya lak buat rempah. Saya cakap dengan suami, senang masak ayam goreng berempah je untuk sahur. Pastu ada terung yang kami beli boleh masak terung masak sambal. Dia pon setuju sangat.
Puasa kali ni merupakan pengalaman indah buat saya walaupun hanya dapat masakkan lauk untuk bersahur je sebab siangnya suami dah nak bertolak balik.
Salam Ramadhan 😀
Subscribe to:
Posts (Atom)

















