Tuesday, September 07, 2010

puding karamel nyum²


Resipi ni dapat dari kakak kak ipar aku. Lepas dapatkan resipi kami terus buat keesokan harinya. Kami saja nak menunjukkan skill buat puding karamel sebab semua ahli dah ada kat rumah. Senang je rupanya! Pakai blender je sudah bole buat kuih.

Bahan²:

* 7 biji telur
* 1/2 tin kecil susu pekat manis
* 1 tin kecil air
* 1 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1 senduk gula pasir

Cara membuatnya:
  1. Didihkan air untuk mengukus puding dalam periuk pengukus.
  2. Campur telur, susu, air, tepung kastard dan esen vanila dalam blender. Blend 2-3 minit atau sampai kembang (nampak berbuih putih).
  3. Masak dan kacau gula dalam loyang hingga cair perang dengan api kecil. Jangan sampai hangus ok?
  4. Masukkan campuran yang di-blend dalam loyang dengan kadar segera.
  5. Kukuskan selama 20-25 minit.
  6. Makanlah puding karamel setelah sejuk. (boleh dinikmati bersama mix-fruit and a cup of coffee)
Semua kata sedap dan manis! yela kan pemanis mulut haha

Wednesday, August 25, 2010

misi projek joomla yg ke-2



Huhu tengok tajuk je buat aku nak crying without tears lagi. Website yg aku nak buat ni susah sebab bos aku request animation la, database la, form la dan macam² lagi yg aku tak habis belajar pun dalam joomla ni. Ingatkan kena update projek joomla yg pertama je rupanya kena develop website baru. Apapun aku kena bertahan lagi la demi menjayakan misi kali ni.

*update:misi ini telah dibatalkan akhirnya kerana telah bertukar kerjaya.hehe

Saturday, August 21, 2010

blog make-over


Satu hari tu kan aku blogwalking website ni. Pastu tertarik dengan background²nya yang simple dan cute. Actually not only the backgrounds, there are a lot of kiut-miut blog accessories and freebies I can get there. Orang kata "macam-macam ada!". So, I'll keep it as my favourite blog. Lagipun siapa xsuka freebies kn? hehe.

Tuesday, August 17, 2010

PARAM?

Rindu lak Ramadan masa zaman belajar. PARAM kat sana tu buat mata rambang je nak makan. Kalau tak ke PARAM masak dan makan apa yang ada kat rumah sewa tu. Kadang² ada menu special dari chef rafidah.

Apapun sekarang ni buka kat rumah is the best bersama mak, abah dan adik²!

(update14/10/12)

Wednesday, August 11, 2010

ahlan wa sahlan ya Ramadhan




" Tidak sempurna puasa seseorang itu sebelum masuk bulan Ramadhan jika dia tidak melakukan perkara² berikut:

1. Tidak bermaafan dengan ibu bapanya.
2. Tidak bermaafan antara suami isteri.
3. Tidak bermaafan dengan sahabat² dan orang sekelilingnya."

Saya mengambil kesempatan di bulan yang berkat ni untuk memohon kemaafan kepada kawan² jika terdapat salah silap sepanjang perkenalan kita.

Monday, August 09, 2010

joomla! oh joomla!

...masuk day 4...bos awal² dah bagi kerja apa yang nak tambah dalam website tu which is in the future orang boleh daftar@mohon kerja secara online (khas untuk pati foreign worker).suppose boleh la buat, tu pun buat masa zaman belajar dulu,tapi sekarang...?hmm disebabkan pengetahuan JOOMLA! yang very beginner ni macam mana la aku nak buat eh?

aish JOOMLA! oh JOOMLA!

p/s: baru tau UiTM Di Hatiku pun develop pakai JOOMLA! boleh la belajar dari developer UiTM ni.....

Friday, June 18, 2010

good morning!

lama sangat tak pos entri kat blog saya ni.malas nak taip dan ada masalah penyambungan wayar.kalau rajin saya ceritakan kenapa...