Thursday, November 18, 2010
..bad day..
aduss...pagi tadi, sebelum sampai office aku terlanggar divider lak! habis tercalar sport rim kereta abang aku. sampai sekarang masih terbayang² dan terngiang² bunyi masa terlangggar tu..padahal jalan hari² aku lalu je..tak pasal² nanti kena melabur duit tok repair. kalau kereta sendiri takpe la ni kereta abang aku lak..huhu..bad day..
Sunday, November 14, 2010
don't break my heart
Friday, November 12, 2010
berita purnama
muar - satu kemalangan telah berlaku melibatkan tiga(3) buah kereta pada jam 2 pagi, dua(2) hari sebelum hari raya aidilfitri 2010. kemalangan yang berlaku disebabkan salah sebuah kereta yang telah melanggari seekor lembuyanghendakmelepaskanhajat yang melintasi jalan bersimpang-siur di kawasan tersebut.
cik penulisblog yang memandu kereta ibunya tergamam kerana hanya dapat melihat dan terpaksa melanggari kereta ayahnya dari arah belakang yang telah berhenti secara mengejut setelah melanggari lembuyanghendakmelepaskanhajat tersebut. cik penulisblog bersama seorang adiknya terkejut dengan kejadian yang berlaku seperti kilat. manakala kereta ketiga yang tidak sabar ingin memotong kereta yang dipandu oleh cik penulisblog hanya menghentam dari belakang dan dengan sedar melulu dan memarahi cik penulisblog tanpa melihat kereta di hadapan.
tanpa menghiraukan mereka, cik penulisblog terus meluru ke kereta ayahnya dan melihat ibu, ayah dan adik perempuannya dalam keadaan terpaku........cik penulisblog yang cemas terus menangis sambil mengetuk-ngetuk cermin kereta. barulah ayahnya tersedar dan membuka pintu. cik penulisblog terus memeluk ayahnya sambil menangis ketakutan dan bersyukur mereka sekeluarga (dan kereta ketiga) selamat. ada kawan yang tinggal berdekatan dan dapat membantu dan menenangkan cik penulisblog yang terkejut.
Alhamdulillah...ishh tak dapat bayangkan kejadian masa tu...syukur Tuhan masih sayangkan kami. kepada tuan lembuyanghendakmelepaskanhajat tu tolonglah jaga betul² lembu anda. jangan menyusahkan orang lain sehingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa orang.
(update 14/10/12)

Aztique Eau De Toilette
Tuesday, September 07, 2010
puding karamel nyum²

Resipi ni dapat dari kakak kak ipar aku. Lepas dapatkan resipi kami terus buat keesokan harinya. Kami saja nak menunjukkan skill buat puding karamel sebab semua ahli dah ada kat rumah. Senang je rupanya! Pakai blender je sudah bole buat kuih.
Bahan²:
* 7 biji telur
* 1/2 tin kecil susu pekat manis
* 1 tin kecil air
* 1 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1 senduk gula pasir
Cara membuatnya:
- Didihkan air untuk mengukus puding dalam periuk pengukus.
- Campur telur, susu, air, tepung kastard dan esen vanila dalam blender. Blend 2-3 minit atau sampai kembang (nampak berbuih putih).
- Masak dan kacau gula dalam loyang hingga cair perang dengan api kecil. Jangan sampai hangus ok?
- Masukkan campuran yang di-blend dalam loyang dengan kadar segera.
- Kukuskan selama 20-25 minit.
- Makanlah puding karamel setelah sejuk. (boleh dinikmati bersama mix-fruit and a cup of coffee)
Wednesday, August 25, 2010
misi projek joomla yg ke-2
Huhu tengok tajuk je buat aku nak crying without tears lagi. Website yg aku nak buat ni susah sebab bos aku request animation la, database la, form la dan macam² lagi yg aku tak habis belajar pun dalam joomla ni. Ingatkan kena update projek joomla yg pertama je rupanya kena develop website baru. Apapun aku kena bertahan lagi la demi menjayakan misi kali ni.
*update:misi ini telah dibatalkan akhirnya kerana telah bertukar kerjaya.hehe
*update:misi ini telah dibatalkan akhirnya kerana telah bertukar kerjaya.hehe
Saturday, August 21, 2010
blog make-over

Satu hari tu kan aku blogwalking website ni. Pastu tertarik dengan background²nya yang simple dan cute. Actually not only the backgrounds, there are a lot of kiut-miut blog accessories and freebies I can get there. Orang kata "macam-macam ada!". So, I'll keep it as my favourite blog. Lagipun siapa xsuka freebies kn? hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)