Wednesday, December 15, 2010

haiwan

Hmm..agak lama blogku ni menyepi tanpa entri. Sorry blog. Yela nak buat macam mana, blog untuk tatapan persendirian dan beberapa kawan sahaja. Ditambah dengan kemalasan mengemaskini lagi, sudah tentu makin sepi.

Baru lepas baca surat khabar mega tadi ada artikel tentang haiwan dan betapa pentingnya kita menyayangi serta memelihara haiwan di atas muka bumi ni. Memang tak dinafikan kewujudan mereka penting tapi aku masih tak dapat memeliharanya. Oh, mungkin memelihara kuman dan hama di bantal tidur je kot. Hehe.

Bukan apa, kawasan perumahan macam tempat kediaman keluarga aku sangat tak sesuai nak ada haiwan peliharaan. Kena la memikirkan jiran tetangga sebab kita hidup berjiran. Ada jiran aku yang bukan beragama Islam memang suka kucing dan anjing tapi dia tak bela. Kucing dan anjing terbiar la macam tu tp jangan la sampai menyusahkan kita. Aku bukan tak suka mereka tapi setelah mengalami situasi seperti membasuh air kencing kucing pada kasut kerjaku dan mengangkut tahi kucing atau mungkin anjing di laman rumah buat aku jadi tak suka la. Kita yang ragu² ni terpaksa la menyamak kan? Kalau nak sayang tu pandai² la jaga dengan cara yang betul.

p/s: aku pernah bela kura² dan tak pernah menyusahkan orang kot

2 comments:

  1. kura2 ko sapa nama? michaelangelo kan?

    ReplyDelete
  2. aa..hehe..ingat tak teenage mutant ninja turtle? michaelangelo salah sorangla..

    ReplyDelete