Salam Ramadan to all!
Hari ni puasa hari kedua. Kenapa tah asyik menguap-nguap dan mengantuk je dari hari pertama puasa? Padahal sebelum ni beberapa puasa sunat dah dibuat *wink* . Cabaran masa puasa adalah masuk meeting pada hari pertama puasa kerana aku lebih banyak mendengar daripada bercakap. Keadaan aku dalam 45minit yang pertama ok lagi, selepas 45minit tu mulalah dengar sayup-sayup je suara, fikiran pun melayang-layang, tak dapat konsentrasi. Apa lagi menguap la aku beberapa kali. Bos tanya aku pun dah rasa blur. Cubaan. Cubaan. Cabaran lain adalah kerja-kerja yang hendak dilaksanakan minggu ni. Tercabar betul nak menghadap komputer untuk menaip. Sebab mengantuk jugalah, air-cond pula sejuk tak ingat! Sekarang pun dah terasa melayang tapi teringat blog yang lama menyepi jadi aku pun curi tulang menulis entri semasa membuat kerja. Hehe.
Kata-kata semangat kepada diri sendiri "Selamat bekerja Adda!"
No comments:
Post a Comment