Thursday, September 22, 2011

Saba

Grilled Chicken serve with Rice + Tomato sauce + Dalca & Mango juice

Aja aja fighting! Cannot eat more it's just too much for me hehe

Just arrived office after having my department lunch at Saba-Middle East restaurant at Dataran Jelatek. I have a full plate of chicken grilled serve with rice and fresh Mango juice. The rice and chicken is ok, suit for you big tummy and the juice, origin from mango fruit.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Raya 2011

Dapat seminggu cuti memang raya sakan! Alhamdulillah perjalanan kami pergi balik selamat. Melalui jalan yang sama seperti Raya tahun lepas tapi pada waktu siang. Lembu pun tidak kelihatan melintas jalan. Petang puasa terakhir kami dah sampai ke kampung. Raya tahun ni atuk aku nak masak ketupat, jadi haruslah tolong menolong menganyam daun kelapa untuk buat ketupat. Aku tak reti pun tapi haruslah belajar nak menganyam daripada nenek aku hehe.

Ni ketupat sate ye kawan-kawan

Ni pula ketupat bawang

Lepas dah siap menganyam, haruslah isi beras. Kuantiti beras yang perlu diisi haruslah 1/2 atau 3/4 daripada ruangan daun tu.

Destinasi hujung raya tu ialah rumah abang aku di Mersing. Plan-plan kosong memang nak buat BBQ. Tak sangka jadi gak walaupun cuaca hujan. Gambar masa memanggang makanan takde sebab semua kena sibuk. Haruslah jadi orang dapur hehe. Keesokan hari pergi ke Air Papan untuk meng-tanned-kan diri.

Ber-BBQ di Mersing

Ni hamper raya dari company aku

Ni isi dalam hamper raya yang dipenuhi coklat! Ada biskut, Sunquick dll.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Thursday, September 15, 2011

Black rose

Jangan salah faham bukan rockers black rose tu ye. Black rose ni tak tumbuh secara natural tapi dikaji pertumbuhannya daripada makmal. Sumber mengatakan ia juga simbol black magic. Apapun cantik bunga ni. Yang saya dapat ni fresh daripada kak ipar. Thanks kak ina bagi bunga ni.

P/s: kena tonton cave of the golden rose and tak sabar nak tunggu tarabas keluar.hehe

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Fw: Today's apam

Kalau dulu apam biasa dimakan dengan kelapa. Zaman dah berubah..ni la apam zaman sekarang. Comel dan sedap!

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Thursday, August 18, 2011

majlis berbuka puasa 2011

Sempena Ramadhan al-Mubarak ni syarikat saya akan mengadakan majlis berbuka puasa. Boleh tak nak rasa sangat teruja?! *wink* Ni kali pertama berbuka bersama rakan sekerja. *sambil menyanyi lagu kali pertama dari drama winter sonata*Syarikat² sebelum ni tak pernah anjurkan majlis berbuka puasa. Jadi, haruslah rasa teruja kan? Haha. Majlis akan diadakan pada hari ni bersamaan 19 Ramadhan 1432H di Kelab Darul Ehsan (KDE). Memikirkan makanan yang terhidang yang pasti banyak buat saya rasa tak sabar lak. Tipu la kalau tak rasa tak sabar kan? Haha. Tapi, walau apapun makan tak boleh banyak nanti mengantuk pula nak buat terawih.

Tuesday, August 16, 2011

Insya Allah



Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go
Don’t despair
And never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah
You’ll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can’t repent and that it's way too late
Your’re so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair
And never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah
We’ll find our way

Tuesday, August 02, 2011

mode : curi tulang

Salam Ramadan to all!

Hari ni puasa hari kedua. Kenapa tah asyik menguap-nguap dan mengantuk je dari hari pertama puasa? Padahal sebelum ni beberapa puasa sunat dah dibuat *wink* . Cabaran masa puasa adalah masuk meeting pada hari pertama puasa kerana aku lebih banyak mendengar daripada bercakap. Keadaan aku dalam 45minit yang pertama ok lagi, selepas 45minit tu mulalah dengar sayup-sayup je suara, fikiran pun melayang-layang, tak dapat konsentrasi. Apa lagi menguap la aku beberapa kali. Bos tanya aku pun dah rasa blur. Cubaan. Cubaan. Cabaran lain adalah kerja-kerja yang hendak dilaksanakan minggu ni. Tercabar betul nak menghadap komputer untuk menaip. Sebab mengantuk jugalah, air-cond pula sejuk tak ingat! Sekarang pun dah terasa melayang tapi teringat blog yang lama menyepi jadi aku pun curi tulang menulis entri semasa membuat kerja. Hehe.

Kata-kata semangat kepada diri sendiri "Selamat bekerja Adda!"