Friday, August 23, 2013

Cuti-cuti Sabah - Day 1

Alhamdulillah dah sampai ke destinasi percutian ke Kota Kinabalu, Sabah anjuran KRT taman perumahan saya. Rombongan seramai 30 orang. 23 daripadanya menaiki MAS dan 7 lagi menaiki AirAsia (kumpulan saya). 

Balik kerja je kena terus berkemas. Kami berkumpul di stesen bas Greenwood dan bergerak ke KLIA/LCCT pada 2 pagi Khamis. Awal tak? Flight 8.30 pagi. Sampai2 LCCT cari kiosk untuk check-in. Pastu g kaunter untuk drop luggage dan dapat boarding pass. Dah settle registration baru leh jalan2 cuci mata. Sampai di KK International Airport 11 pagi. Just nice sebab sampai Hotel Sri Borneo terus check-in.

Jadi, hari pertama dah jalan2 beli barang. Dari apa yg sempat sy dengar dan google, tempat popular untuk beli souvenir seperti mutiara, keychain, baju ialah di Pasar Filipina. Tempat makan pun ada. Pelbagai makanan di sini sebab negeri ni kan pelbagai kaum, yg pasti makanan laut memang menjadi tumpuan.  Makanan lautnya semua ber'grill' dimakan dengan kuah cicah belacan. Lebih sedap kuah cicah yg diperah limau nipis. Pada malamnya Pasar Filipina lagi meriah dan ada pasar malam berdekatan hotel yg menjual barang2 sovenir gak. 

Harga:
1. Ikan bakar - RM14-15
2. Sotong bakar - RM14
3. Udang bakar - RM10 3 ekor
4. Gelang mutiara - RM10-15
5. Jam mutiara - RM25
6. T-shirt - RM24

Macam biasa semua barang2 ni ikut kebijaksanaan kita menawar la ye :)









No comments:

Post a Comment