Hari ketiga suda.. Harini kami plan nak jalan-jalan kat shopping mall je tapi last2 abah call dia book kereta untuk jalan-jalan ke Kundasang! Suprise gak kitorg sebab abah cakap tak jadi. Fyi, kat Kundasang ni la terletaknya Gunung Kinabalu. Perjalanan ke sana dari hotel lebih kurang 2 jam. Selepas breakfast kami pun bergerak lebih kurang jam 8 pagi. Katanya waktu tengahari awan dah menutupi puncak, jadi bila bergambar dah kurang jelas pemandangan puncak gunung. Masa kami sampai lebih kurang 10 pagi, awan sedang berarak ke puncak, kira ok la tu untuk tangkap gambar berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu.
Selain tu, tempat lain yang boleh dilawati sekitarnya ialah War Memorial, Taman Negara, Desa Cattle Farm, Hot Spring, Strawberry Farm. Kebanyakannya dikenakan entrance fee yg murah. Sy hanya ke War Memorial dan Desa Cattle Farm.
Kami sampai ke Kota Kinabalu jam 6 ptg. Selepas magrib, kami keluar lagi utk makan malam kat foodcourt berdekatan Waterfront.
Harga:-
1. Taman Negara - RM3 dewasa
2. Desa Cattle Farm - RM4 dewasa, RM3 kanak2
a) Ice Cream - RM3.50
b) Fresh Milk - RM5/litre
c) Keychain - RM5
d) Tshirt - RM30
3. War Memorial - RM2
a) Nestle Ice Cream - RM2.50
4. Sewa kereta - RM100
No comments:
Post a Comment