Monday, December 20, 2010

...octo...


Dear blog, Octo has been accompanying me since last week. It's about a week he has spent time in the office. But I'm sure he is happy to be there as my colleagues like to play with him. And I want to put others emoticon I downloaded from cimbclicks to play with you here. Enjoy!

Sunday, December 19, 2010

dapnye mam...


Makan2 bersama anak buah. My first Mo-Blog.

Thursday, December 16, 2010

kaji selidik alumni uitm tahun 2006-2010


Buka je emel dapat mesej berbunyi seperti di bawah:

"Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengadakan satu Kajian Tahap Kepuasan Majikan Terhadap graduan UiTM bagi melihat perspektif dan penilaian majikan terhadap graduan.

Sebelum kajian ini dilakukan pihak UiTM berbesar hati jika tuan/puan dapat mengisi maklumat dalam soal selidik seperti pautan di bawah bagi mendapat maklumat awal tentang graduan dan tempat bekerja.

Borang Kaji Selidik : http://onyx.uitm.edu.my/Aktif/EQpps.nsf/BorangGraduan?OpenForm

Segala kerjasama amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Jawatankuasa Kajian Tahap Kepuasan Majikan"

Agaknya apalah yang nak diketahui pasal aku eh? Baru je sebulan bekerja di sini takkan sudah berpuas hati kot?

Wednesday, December 15, 2010

haiwan

Hmm..agak lama blogku ni menyepi tanpa entri. Sorry blog. Yela nak buat macam mana, blog untuk tatapan persendirian dan beberapa kawan sahaja. Ditambah dengan kemalasan mengemaskini lagi, sudah tentu makin sepi.

Baru lepas baca surat khabar mega tadi ada artikel tentang haiwan dan betapa pentingnya kita menyayangi serta memelihara haiwan di atas muka bumi ni. Memang tak dinafikan kewujudan mereka penting tapi aku masih tak dapat memeliharanya. Oh, mungkin memelihara kuman dan hama di bantal tidur je kot. Hehe.

Bukan apa, kawasan perumahan macam tempat kediaman keluarga aku sangat tak sesuai nak ada haiwan peliharaan. Kena la memikirkan jiran tetangga sebab kita hidup berjiran. Ada jiran aku yang bukan beragama Islam memang suka kucing dan anjing tapi dia tak bela. Kucing dan anjing terbiar la macam tu tp jangan la sampai menyusahkan kita. Aku bukan tak suka mereka tapi setelah mengalami situasi seperti membasuh air kencing kucing pada kasut kerjaku dan mengangkut tahi kucing atau mungkin anjing di laman rumah buat aku jadi tak suka la. Kita yang ragu² ni terpaksa la menyamak kan? Kalau nak sayang tu pandai² la jaga dengan cara yang betul.

p/s: aku pernah bela kura² dan tak pernah menyusahkan orang kot