Tuesday, August 26, 2014

Qaseh Gold Adinda


Bestnya formulasi makanan sunnah dalam Qaseh Gold ni. Ada..

1. Madu
2. Kurma
3. Tiin
4. Habbatus Sauda
5. Zaitun
6. Delima
7. Air Zam-Zam

Tambahan lagi dalam Qaseh Gold Adinda yang sesuai untuk semua peringkat wanita. Ada..

1. Manjakani
2. Pegaga
3. Passiflora

Kalau anda mencari makanan sunnah apa kata cuba Qaseh Gold ni.

#sayajual

Friday, August 22, 2014

Fattabiouni OST

Sedap dengar lagu ni bila tengok segmen Fattabiouni di Tv Al Hijrah. 


 خاتم الرسالة

أداء : أحمد بن سميط
 كلمات : الإمام عبدالرحمن بلفقيه 
توزيع فني : علي خفاجي 
إخراج : عبد الله بلفقيه 
إنتاج وتوزيع : ضياء الإعلامية

وقد أتانا خاتم الرسالة، بكل ما جاءوا به من حله، فعم كل الخلق بالدلالة، وأشرقت مناهج الكمال .. فكله فضل أتى ورحمة، وكله حكم هدى وحكمة، وهو إمام كل ذي مهمة، وقدوة في سائل الخصال .. فما مضى حتى أقام الدين، وصار سهلا واضحا مبينا، فلم تخف أمته فتونا بل عصموا في الجمع عن ضلال 

Thursday, August 21, 2014

Roti manis


Resepi turun temurun dari mak saya. Hehe. Memang terbaik la! Kali ni saya dapat kongsikan gambar untuk membuat roti ni. 

Bahan-bahan:
1. Tepung gandum (3/4 dari 1kg tepung, saya guna tepung gandum cap sauh)
2. 1 1/2 senduk gula (senduk ni biasa orang guna untuk bancuh air)
3. 2-3 titis pewarnan kuning telur (saya guna cap bintang)
4. Marjerin 1/2 senduk
5. 4 biji telur
6. Sepeket yis
7. 1 3/4 cup air



Cara membuat:-
1. Campur semua bahan 1-5.

2. Dengan hujung jari, gaul campuran perlahan-lahan. Petua mak jangan sampai terkena tapak tangan sebab tapak tangan hangat. Kemudian masukkan yis.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati. 

4. Adunkan kuat dengan tangan sampai campuran tadi terasa lembut. Petuanya kalau kita adun2, campuran tu dah tak melekat-lekat di bekas.

5. Sapukan sekeliling dalam loyang dengan marjerin. Buat adunan bulat2 sebesar telur ayam dan susun dalam loyang. 

6. Biar adunan naik kembang dalam setengah ke satu jam.

7. Adunkan bulat2 semula. Ni untuk memastikan tekstur roti padat semula. Biarkan selama 10 minit.

8. Bakar dalam oven 120'C dalam setengah jam. Petua lagi, kita juga boleh cucuk garpu ke dalam adunan dan tengok kalau roti tak melekat di garpu maksudnya roti manis ni dah masak.