Saturday, December 29, 2012

Away from Office - Day 6

3rd day @ Langkawi

Disebabkan perjalanan balik yg masih jauh, so hari ke-3 xde aktiviti pun. Nak urus pemulangan kereta sewa dan beli tiket balik (dinasihatkan korang jangan lupa beli tiket balik sebaik tiba di jeti tau) Lepas sarapan dan berkemas, kami pun checkout dari motel dan bergerak ke jeti. Naik feri pukul 1 dan terus bertolak ke KL. Saya dan abah je bergilir2 drive. Sy drive dari juru ke tapah tp pasni tak nak la drive kalau tak lepas jalan simpang siur tu..seram woo..Pukul 9 malam kami pun sampai. Bateri diri pun dah kong nak kena charge nasib baik sy ambil 1 hari cuti lagi untuk rest...

Jadi, berakhirlah trip cuti-cuti utara saya dari 7/12/11 - 14/12/12 dan yang penting saya enjoy!!!

Thursday, December 27, 2012

Away from Office - Day 5

2nd day @ Langkawi

Pagi2 kami cari kedai untuk breakfast. Banyak je kedai kat area motel tu jadi tak susah la nak breakfast. Tak sampai pun 3 minit jalan je pun ada Mcd lagi kat situ.

Tempat yg kami stay ni kira dah jadi tourist centre la..cari makan senang, nak shopping senang, nak buat aktiviti macam island hopping, diving dll, bagi yg nak g underwater world tengok ikan2 pun dekat sangat. Kalau korang jenis yg main redah macam kami xkan menyesal punya. Kadang2 apa yg dirancang pun tak jadi as planned pun..

Selepas breakfast kami bergerak ke Pekan Kuah - Duty Free Shopping Center !! Kat sana saya survey coklat(s) je. Murah tuuu (kalau shopping banyak coklat(s) better naik flight sebab mesti cair)

Petangnya kami ke Gunung Machinchang untuk menaiki cable car. Memandangkan keinginan saya ke Langkawi untuk menaiki cable car, jadi hasrat saya tercapai! Yeay! Skybridge je tutup and saya tak dapat g sebab cuaca hujan.. Selain tu ada mini zoo, oriental village dan lain2 yg kita boleh gunakan En. Google untuk maklumat lanjut hihi

Hmm seronoknya....











Tuesday, December 11, 2012

Away from office - Day 4

Yeay! Langkawi, i'm coming…

From Alor Star, we move on to Kuala Perlis. Sampai kat jeti K.Perlis at 11am. Terus keluar dan beratur beli tiket. Tengah beratur tu pun ade orang offer2 chalet, kereta sewa dan pakej2 nak round pulau ke dan macam2. Kitorg book kereta n chalet. Nak main redah je ni jadi rasa yg penting kereta dan chalet la kan?
-Tiket rm18/person
-Kereta picanto rm80/hari
-CD Motel rm100/hari (1queen,1single)
Feri gerak 1pm dan sampai jeti Langkawi 2pm. Sampai2 je kena tunggu orang yg uruskan kereta sewa dan ambik kat tempat sewa kereta tu, adela 500m dari jeti. Pastu kitorang terus ke motel kat pantai cenang. Malam tu just dinner and rest je sbb malam tu hujan.

Note: Design gambar guna Text4Instagram apps - baru try - cool gak











Monday, December 10, 2012

Away from office - Day 3

The wedding's ceremony. We need to arrive earlier and wait at the guest house at 1pm. The bridegroom will walk about 200m from the guest house to the bride's house. This is normal Malay's adat. The ceremony end 4pm. We checkout from the homestay at 5.30 and continue our trip to Alor Star…

Sunday, December 09, 2012

Away from office - Day 2

Malam hari ke2 ialah malam pernikahan. Siangnya dapat la berjalan di kompleks tun abd razak (komtar) dan rasa nasi kandar. Pas majlis pi rasa penang char kuey teow lak. Jom enjoy gambar sekitar majlis di Anjung Anggun, USM dan rombongan kami pada hari ke2 semalam.







Friday, December 07, 2012

Away from office - Day 1

Alhamdulillah sy sekeluarga selamat sampai di Penang 10.30 tadi untuk mengiring jiran ke majlis pernikahan anak lelakinya malam nanti. Jiran tu pun dah macam saudara dah sebab dah rapat.

Kami semua tinggal di homestay berdekatan USM sebab majlis akan berlangsung di dewan USM. Baru je selesai tolong membentuk daun sireh untuk dijadikan sireh junjung. Lain2 barang hantaran dah siap. Kira dah boleh la tidur sekarang ni. ^_^

Sebelum tu nak muhasabah diri dengan mutiara kata ni…

"Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan serta pengajarannya…
dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan..."

Note: Edit gambar guna smilebox apps bez2