"O Allah, sometimes, it is hard for me to understand what You really want to happen. But i trust You will give me what is best for me"
Friday, May 16, 2014
"Cukuplah Allah Bagiku"
Apabila kamu ditimpa suatu kemalangan, janganlah kamu mengatakan "Seandainya tadi saya berbuat begini, nescaya tidak akan jadi begitu". Tetapi katakanlah, "Ini sudah takdir Allah dan apa yang dikehendakiNya pasti akan dilaksanakanNya" kerana sesungguhnya ungkapan "seandainya" akan membuka jalan bagi godaan syaitan.
Wednesday, May 07, 2014
Selamat Datang Rejab
Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk bertemu Rejab kali ni. Dah seminggu Rejab berlalu namun saya belum dapat berpuasa sunat sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. InsyaAllah bila saya sembuh saya akan berpuasa sunat dan mengambil keberkatan bulan ni.
Melalui pembacaan saya di website iluvislam, keunikan bulan Rejab terletak pada kejadian Isra' Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab. Pada bulan ini, Rasulullah SAW kehilangan ramai orang tersayang. Ini menyebabkan baginda berdukacita. Jadi bagi menghilangkan kesedihan di hati nabi, Allah menjemputnya datang berjumpa dengan-Nya. Ini membuatkan rasa sedih baginda itu terhenti.
Allahuakbar. Kehilangan yang saya lalui rupanya jatuh pada bulan Rejab dan saya redha pada qada dan qadar Allah. InsyaAllah ada hikmah disebalik kejadian ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)