Friday, November 12, 2010

berita purnama




muar - satu kemalangan telah berlaku melibatkan tiga(3) buah kereta pada jam 2 pagi, dua(2) hari sebelum hari raya aidilfitri 2010. kemalangan yang berlaku disebabkan salah sebuah kereta yang telah melanggari seekor lembuyanghendakmelepaskanhajat yang melintasi jalan bersimpang-siur di kawasan tersebut.

cik penulisblog yang memandu kereta ibunya tergamam kerana hanya dapat melihat dan terpaksa melanggari kereta ayahnya dari arah belakang yang telah berhenti secara mengejut setelah melanggari lembuyanghendakmelepaskanhajat tersebut. cik penulisblog bersama seorang adiknya terkejut dengan kejadian yang berlaku seperti kilat. manakala kereta ketiga yang tidak sabar ingin memotong kereta yang dipandu oleh cik penulisblog hanya menghentam dari belakang dan dengan sedar melulu dan memarahi cik penulisblog tanpa melihat kereta di hadapan.

tanpa menghiraukan mereka, cik penulisblog terus meluru ke kereta ayahnya dan melihat ibu, ayah dan adik perempuannya dalam keadaan terpaku........cik penulisblog yang cemas terus menangis sambil mengetuk-ngetuk cermin kereta. barulah ayahnya tersedar dan membuka pintu. cik penulisblog terus memeluk ayahnya sambil menangis ketakutan dan bersyukur mereka sekeluarga (dan kereta ketiga) selamat. ada kawan yang tinggal berdekatan dan dapat membantu dan menenangkan cik penulisblog yang terkejut.

Alhamdulillah...ishh tak dapat bayangkan kejadian masa tu...syukur Tuhan masih sayangkan kami. kepada tuan lembuyanghendakmelepaskanhajat tu tolonglah jaga betul² lembu anda. jangan menyusahkan orang lain sehingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa orang.

(update 14/10/12)

No comments:

Post a Comment