Friday, August 30, 2013

Muhasabah Raya

1. Puas hati ke dengan puasa, tadarus dan ibadat kita sepanjang raya?

2. Takutnya jika puasa dan ibadat sepanjang ramadhan kita tak diterima kerana tidak menjaga lidah.

3. Adakah kita menjaga pancaindera?

4. Tawaran Allah untuk kita melengkapkan puasa ramadhan iaitu puasa 6hari dibulan syawal.

Tuesday, August 27, 2013

Cuti-cuti Sabah - Day 3

Hari ketiga suda.. Harini kami plan nak jalan-jalan kat shopping mall je tapi last2 abah call dia book kereta untuk jalan-jalan ke Kundasang! Suprise gak kitorg sebab abah cakap tak jadi. Fyi, kat Kundasang ni la terletaknya Gunung Kinabalu. Perjalanan ke sana dari hotel lebih kurang 2 jam. Selepas breakfast kami pun bergerak lebih kurang jam 8 pagi. Katanya waktu tengahari awan dah menutupi puncak, jadi bila bergambar dah kurang jelas pemandangan puncak gunung. Masa kami sampai lebih kurang 10 pagi, awan sedang berarak ke puncak, kira ok la tu untuk tangkap gambar berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu.

Selain tu, tempat lain yang boleh dilawati sekitarnya ialah War Memorial, Taman Negara, Desa Cattle Farm, Hot Spring, Strawberry Farm. Kebanyakannya dikenakan entrance fee yg murah. Sy hanya ke War Memorial dan Desa Cattle Farm.

Kami sampai ke Kota Kinabalu jam 6 ptg. Selepas magrib, kami keluar lagi utk makan malam kat foodcourt berdekatan Waterfront.

Harga:-
1. Taman Negara - RM3 dewasa
2. Desa Cattle Farm - RM4 dewasa, RM3 kanak2
a) Ice Cream - RM3.50
b) Fresh Milk - RM5/litre
c) Keychain - RM5
d) Tshirt - RM30 
3. War Memorial - RM2
a) Nestle Ice Cream - RM2.50
4. Sewa kereta - RM100
















Saturday, August 24, 2013

Cuti-cuti Sabah - Day 2

Untuk makluman, waktu di Sabah kan sejam awal dari waktu di Semenanjung Malaysia. Kami keluar breakfast 7.30 pagi tapi kalau kat KL matahari baru nak naik. 

Hari kedua breakfast kat Pasar Besar Kota Kinabalu. 7-10 minit berjalan dari hotel dah boleh sampai. Pasar ni bersebelahan dengan Pusat Kraf atau Pasar Filipina. Kami mencari roti canai, nasi lemak atau kuih2 tapi takde. Orang Sabah biasanya dah makan makanan berlauk, bihun, maggi atau kueh tiaw goreng kosong. Pastu kita kena tambah lauk. Pagi tu, sy makan maggi goreng dan telur mata. Selepas breakfast, kami berjalan sekitar pasar. Pasar ni macam pasar tani kat Semenanjung je. Harga sayur2nya lebih murah dari harga di Semenanjung dan lebih segar. 

Pastu kami kembali ke hotel dan bersiap untuk ke jamuan raya bersama Menteri Sabah. Lepas makan kami ke Center Point menaiki teksi. Kat Sabah ni ada macam2 mall. Bagi sy, cukuplah untuk mencuci mata sebab barangannya ada di Semenanjung juga. 

Pada malamnya, kami ke KRT Sembulan Baru untuk sesi berkenalan dan jamuan raya. Baliknya kami singgah lagi di pasar malam. Kalau nak beli souvenir seperti keychain, tshirt, gelang mutiara atau kristal yg lebih murah boleh juga di beli di pasar malam ni. 















Friday, August 23, 2013

Cuti-cuti Sabah - Day 1

Alhamdulillah dah sampai ke destinasi percutian ke Kota Kinabalu, Sabah anjuran KRT taman perumahan saya. Rombongan seramai 30 orang. 23 daripadanya menaiki MAS dan 7 lagi menaiki AirAsia (kumpulan saya). 

Balik kerja je kena terus berkemas. Kami berkumpul di stesen bas Greenwood dan bergerak ke KLIA/LCCT pada 2 pagi Khamis. Awal tak? Flight 8.30 pagi. Sampai2 LCCT cari kiosk untuk check-in. Pastu g kaunter untuk drop luggage dan dapat boarding pass. Dah settle registration baru leh jalan2 cuci mata. Sampai di KK International Airport 11 pagi. Just nice sebab sampai Hotel Sri Borneo terus check-in.

Jadi, hari pertama dah jalan2 beli barang. Dari apa yg sempat sy dengar dan google, tempat popular untuk beli souvenir seperti mutiara, keychain, baju ialah di Pasar Filipina. Tempat makan pun ada. Pelbagai makanan di sini sebab negeri ni kan pelbagai kaum, yg pasti makanan laut memang menjadi tumpuan.  Makanan lautnya semua ber'grill' dimakan dengan kuah cicah belacan. Lebih sedap kuah cicah yg diperah limau nipis. Pada malamnya Pasar Filipina lagi meriah dan ada pasar malam berdekatan hotel yg menjual barang2 sovenir gak. 

Harga:
1. Ikan bakar - RM14-15
2. Sotong bakar - RM14
3. Udang bakar - RM10 3 ekor
4. Gelang mutiara - RM10-15
5. Jam mutiara - RM25
6. T-shirt - RM24

Macam biasa semua barang2 ni ikut kebijaksanaan kita menawar la ye :)









Thursday, August 22, 2013

Bukan Milik Kita - Sixth Sense

Ditinggalkan, kehilangan
Bagian hidup kita
Tak usahlah kau tangisi takdir
Tak ada yang abadi di dunia ini
Semua pastikan kembali

Hidup ini sudah tertulis
Tenangkan jiwamu dan hatimu

Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ohhhh...
Semua yang hidup pasti kan mati

Hidup bukan milik kita
Hidup bukan milik kita

Tuesday, August 13, 2013

Medan Ikan Bakar Serkam

Went makan-makan at Serkam Melaka during Hari Raya Aidilfitri. The seafoods are well-cook except the crab. The taste macam tak fresh dah. Takpela next time try makan kat Sungai Duyung pulak, katanya situ la medan ikan bakar yang sedap!







Say this daily

Share! Like! 👍