Saturday, August 24, 2013

Cuti-cuti Sabah - Day 2

Untuk makluman, waktu di Sabah kan sejam awal dari waktu di Semenanjung Malaysia. Kami keluar breakfast 7.30 pagi tapi kalau kat KL matahari baru nak naik. 

Hari kedua breakfast kat Pasar Besar Kota Kinabalu. 7-10 minit berjalan dari hotel dah boleh sampai. Pasar ni bersebelahan dengan Pusat Kraf atau Pasar Filipina. Kami mencari roti canai, nasi lemak atau kuih2 tapi takde. Orang Sabah biasanya dah makan makanan berlauk, bihun, maggi atau kueh tiaw goreng kosong. Pastu kita kena tambah lauk. Pagi tu, sy makan maggi goreng dan telur mata. Selepas breakfast, kami berjalan sekitar pasar. Pasar ni macam pasar tani kat Semenanjung je. Harga sayur2nya lebih murah dari harga di Semenanjung dan lebih segar. 

Pastu kami kembali ke hotel dan bersiap untuk ke jamuan raya bersama Menteri Sabah. Lepas makan kami ke Center Point menaiki teksi. Kat Sabah ni ada macam2 mall. Bagi sy, cukuplah untuk mencuci mata sebab barangannya ada di Semenanjung juga. 

Pada malamnya, kami ke KRT Sembulan Baru untuk sesi berkenalan dan jamuan raya. Baliknya kami singgah lagi di pasar malam. Kalau nak beli souvenir seperti keychain, tshirt, gelang mutiara atau kristal yg lebih murah boleh juga di beli di pasar malam ni. 















No comments:

Post a Comment